Hari ini merupakan hari pertama Abang Iqbal ke sekolah..(Bleinheim nursery)-dipanggil Foundation 1.
Bersemangat, ceria dan tak sabar ke sekolah baru.. asyik dok cerita pasal nak pegi sekolah...
Waktu persekolahan di sini bermula agak lewat..bagi nursery pukul 8.45 pg dan berakhir pukul 11.45 pg.Kanak-kanak yang diterima masuk ke sini mestilah berumur cukup 3 tahun sebelum 31 Ogos.
Tidak seperti di Malaysia, sesi persekolahan baru di sini bermula pada bulan Septembar (1hb).
Kalau tarikh lahir selepas tarikh tersebut, kenalah tunggu sampai cukup umur dulu....Nampak gayanya Adik Irfan tak boleh lah masuk nursery dengan Abang Iqbal lagi..memandangkan tarikh lahirnya pada 24 September.... kena hantar dan ambil Abang dululah...
Bagi Foundation 2 -Reception (kira macam pra sekolah macam di Malaysia) dan sekolah rendah pula bermula pada pukul 8.45 pagi sehingga 3 petang.Umur 6 tahun pula dah masuk Year 1, berbanding kita di Malaysia pada umur 7 tahun