Saja update gambar-gambar adik dan abang..untuk tatapan keluarga di Malaysia..main sama-sama, tidur sama-sama, mewarna pun sama-sama..dua beradik yg tak boleh dipisahkan..celik mata ja pagi-pagi kalau salah sorang takda, sorang lagi mesti mencari...boleh kata semua benda mesti beli sama...sama warna, sama pattern...macam kembar pula. ;-) kalau tak, berebut lak..
IRFAN...
cuma makan ja lain citarasa...Irfan memanjang nak makan nasi..breakfast, lunch sehinggalah ke dinner nak nasi juga...senang makan, perut orang Kedah...hehe ..pagi-pagi cari nasi...nasi, ikan goreng, ikan bilis ka, kicap manis cap kipas udang wajib ada...dah cukup dah.
Lupa nak update perkembangan Irfan...Irfan masuk nursery dari pukul 8.45 pagi sampai pukul 11.45 tgh..
Sekarang baru baca Iqra' 1..jenuh juga nak ajar baca ni..kadang2 setiap hari Sabtu bawa ke Green Room (surau universiti) ada kelas Iqra'..baru ok nak baca, kalau umi yg ajar banyak ceritanya.. :you_smartass:
IQBAL..
Iqbal lak perut mat saleh ...memanjang dengan cereal, roti, oat...nasi boleh  kira seminggu berapa kali makan...tengok mood dia..lauk yg dia berkenan..kadang lauk telur goreng ngan kicap pun dah laju makan.. gi sek bawa bekal roti, buah dan kadang2 ada yogurt...
Abang Iqbal tengah berselera makan..kena ambik gmbr ni, bkn senang tengok dia makan banyak hehe..
pening umi memikir nak bagi makan apa... :argue_mad: kalau kuih-kuih msia sukala, kuih pau, karipap,donut,lopes...paling suka cucur keria hehe..anak, oh anak..kena kreatif dan aktif berfikir nak sedia makan apa hari-hari kat dia ni.. 0)
Iqbal pula masih di Foundation 2 (mcm prasekolah ), bln Sept ni baru masuk Year 1. Alhamdulillah, Iqbal dah baca sampai Iqra' 3..supposed skrg dia dah masuk Iqra' 4.. $-) baca kat rumah, faham-faham jelah.. penuh psikologi, taklarat mulala jadi umi jadi incredible hulk.. :get_you: hihi.. sek kat sini sampai pukul 3.15 petang, balik dah ngantuk dah.., tmbh skrg winter, kul 4 dah gelap dah.mulala tak mau baca...
Aduhai...Segalanya perlu penuh kesabaran...
Peminat spiderman..baju no 24 , mcm nombor rumah Jad kat Tikam Batu..hehehe
Di bilik tidur...Abang Iqbal merawat adik hehe..luka skit jer..sebab kena kuku hehe
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )
1. Melapangkan masa / belanja anak, suami &  isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun
ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan
yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua
fakir
miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya
keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan
rahmah diakhirat
nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama
50
tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang
sunat hari Asyura
empat rakaat kerana
Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah
di baca
Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula
wa
ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka
puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah
Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali
umrah dan seribu
kali
syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang
Lain-Lain
Gambar blur pula..salah pula set tarikh..
Antara kaum bapa dan kaum ibu yang hadir
Di dapur tuan rumah..tuan rumah takda pula dlm gambar..
Semoga amalan pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...dan sama-samalah kita mendoakan keselamatan dan keamanan buat saudara seIslam kita di negara-negara yang bergolak amnya dan di Palestin khususnya..Semoga Allah melindungi mereka dari kekejaman Yahudi dan memberi pembalasan di dunia lagi...
Sekadar renungan dan ingatan kita...
Ubah dengan tangan, atau ubah dengan mulut/pena..... setidak-tidaknya benci di dalam hati.....selemah-lemah iman........Allahu Akbar. Jika kita tidak sanggup berjuang mengorbankan nyawa, bantulah mereka dengan memanjatkan doa kepada Allah Rabbu Jalil mohon BantuanNya.
ALLAHU AKBAR, SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTIN TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA , YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO'A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA" SEBAGAIMANA ALLAH TELAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA" SAAT PERANG BADAR.
Iqbal dan Irfan tak ketinggalan, dalam keseronokan mereka bersama kawan-kawan, umi dan baba berulangkali terangkan kita org Islam tak sambut Krismas..tapi sebagai menghormati perbezaan agama lain..Iqbal sedikit sebanyak faham..
Antara gambar yang dirakamkan oleh cikgu di nursery..
Khol - Depa nmpk pelik jer..pestime jumpa Pak Santa kot..hehe
Pertama kali menyambut Aidiladha di perantauan..hanya beberapa keping saja gambar yang sempat dirakamkan. Menu mengikut kawasan masing-masing, kawasan Holborn Terrace / Shay Street memilih untuk menyediakan nasi himpit dan kuah kacang.
Majlis dimulakan dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Asri dari Sheffield, kemudian diserikan pula dengan persembahan nasyid daripada student undergrad..makan, dan solat berjemaah..
Irfan, Iqbal dan Nabil
Pukul 10.30 pagi warga Holborn Terrace dan Shay Street berkumpul di rumah Kak Yati / Mat Ju untuk menikmati juadah raya bersama-sama. Ada macam-macam juadah..nasi himpit dan kuah kacang, rendang, sate, nasi beriani berlauk, kek dan macam-macam lagi...Umi dan Kak Ita volunteer masak laksa, tapi Kak Ita yang baik hati masak semua sekali untuk makan beramai-ramai..Terima kasih Kak Ita...duduk rehat ja lah.. ;-)
Tapi tak juga, fikir-fikir kat rumah takda makanan apa pula...kalau tetamu datang berkunjung apa pula nak dihidangkan nanti...jadi, terpaksalah merajinkan diri juga masak laksa juga sikit di rumah..dan juga kuih lapis kacang merah. (teringin tengok gambar sedap dalam fotopages...hehehe) Iqbal dan Irfan pun suka sangat laksa..itu ja termampu, sebab takda tumis-tumis...sekarang ni dah ok..dah boleh masak macam biasa.
Kawan-kawan di Holborn Terrace / Shay Street
Antara tetamu yg berkunjung di rumah
Dua-dua beradik tak ke sekolah hari ni...hujan turun,snow tak berapa tebal sangat..dah semakin cair..
Kat tempat parking kereta
Pose istimewa depan kereta baba..
Iqbal bermain dengan kawan-kawan
Seronok bermain..sampai tak mau balik..
Terima kasih kepada cik abang yang sanggup turun ke dapur memasak...boleh tahan juga sedapnya bila orang lelaki turun ke dapur ni...makan pun berselera jadinya..
Antara gambar yang sempat dirakam...
Nasi lemak special
Sate Shay Street
Kali ni rezeki kami dapat rumah di tingkat bawah, alhamdulillah..Di dalam rumah sama juga macam rumah lama, sewa pun tak berubah..£409. Pindah kali ni pihak universiti yang angkat semua barang..lega rasanya..sewa untuk bulan depan kira free lah..refund, dapat cek balik...
Rumah bawah agak sejuk sikit berbanding di tingkat atas..tambah-tambah masa winter ni.. $-)
Lama juga menyepi disebabkan bila berpindah rumah ni, internet connection belum ada lagi..sebulan lebih baru la ok..
Alamat baru kami..
No. 2 , Shay Street LS6 2PZ , Leeds..
Di luar rumah...
Pemandangan depan rumah..
Date : 8 Nov 2008
Seminggu kemudian, kami ke Rounday Park lagi....sebelum shopping di ASDA saja bawa Iqbal dan Irfan bermain dulu...bawa bola, seronoklah kanak-kanak dua orang ni....Daun -daun  dah bertukar warna dan berguguran...Gambar di atas dan di bawah di tempat yang sama, cuma minggu yang berbeza..